Amaran Virus Kencing Tikus Tahap Jingga Adalah Palsu Palsu



Sebuah mesej yang disebarkan melalui aplikasi whatapps semalam mendakwa beberapa kawasan sungai dan pusat riadah di sekitar Kuching dan Lundu Sarawak tercemar akibat kuman kencing tikus adalah palsu.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Jamilah Hashim menafikan pihaknya ada mengeluarkan amaran tersebut dan mendakwa amaran tersebut disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Memetik laporan portal SarawakVoice, Jamilah memberitahu, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berhubung perkara tersebut setakat petang semalam.

“Malah pihak jabatan kami tidak terlibat dalam membuat sebarang ujian berkaitan. Jabatan kami tidak melakukan sebarang pesampelan alam sekitar mahupun menguji kandungan air di kawasan rekreasi,"

Namun menurutnya, beliau tidak pasti sekiranya pemeriksaan terhadap sungai yang berkaitan dilakukan oleh jabatan lain yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar. - Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA