Amaran Angin Kencang Di Perak, Sarawak


KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di negeri Perak membabitkan daerah Manjung, Perak Tengah dan Hilir Perak yang diramal berterusan hingga pagi ini.

Mengikut laman web jabatan itu yang dikemas kini jam 6.38 pagi ini, ribut petir turut diramalkan di Sarawak membabitkan Bahagian Kapit (daerah Song), Mukah (daerah Mukah, Dalat dan Matu), Sibu (daerah Kanowit), Sarikei (Daerah Julau dan Pakan), Betong (Daerah Betong) dan Sri Aman.

Bagi perairan Malaysia, MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir menyeluruh di Sarawak, Labuan & Sabah (Pantai Barat) yang dijangka berterusan hingga pagi ini.

"Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian hingga 3.5 meter (11 kaki) dan berbahaya kepada bot-bot kecil," jabatan itu menerusi laman web yang dikemas kini jam 2.37 pagi ini. - BH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA