Amaran Angin Kencang Barat Daya, Ombak Besar


KUALA LUMPUR: Ribut petir menyeluruh dengan angin kencang hingga 50 kilometer sejam (km/j) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian hingga 3.5 meter, berbahaya kepada bot kecil di perairan Perlis, Kedah, Pahang dan Terengganu.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan keadaan sama berlaku di Rejang, Mukah, Bintulu dan Miri di Sarawak, Labuan serta dan Sabah (Pantai Barat dan Sandakan) yang dijangka berterusan sehingga pagi ini.

Mengikut laman web jabatan itu yang dikemas kini jam 5.30 pagi ini, angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40 hingga 50 km/j dengan ombak mencapai ketinggian hingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Phuket, hingga hari ini.

"Untuk perkapalan, amaran angin kencang dan lautan bergelora kategori pertama, keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut," katanya.

Jabatan itu melaporkan ribut petir di perairan Kuching, Condore, Layang-Layang, Reef North, Reef South, Labuan, Palawan dan Sulu juga dijangka berterusan hingga pagi ini.-BH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA