Akta kawal selia dana politik dibentang ke Kabinet


KUALA LUMPUR: Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik untuk menjamin integriti dan tadbir urus parti politik akan dibentang ke Kabinet dalam tempoh terdekat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan, berkata draf akta itu turut merangkumi 32 cadangan yang dibahagikan kepada tiga kategori iaitu proses pelaksanaan, keperluan undang-undang baharu dan jangkaan pelbagai isu berbangkit dalam tempoh panjang.

Beliau berkata, pihaknya memerlukan dua minggu untuk selesai membentangkan draf dicadangkan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) berkenaan kepada Kabinet, sebelum satu agensi atau kementerian khusus diberi tanggungjawab untuk membuat penelitian lanjut.

"Kementerian atau agensi ini akan memperhalusi cadangan JKNMPP untuk merangka draf terakhir yang bakal dibentang ke Parlimen supaya akta baharu diwujudkan," katanya pada sidang media, sebentar tadi.

Antara cadangan diutarakan JKNMPP adalah setiap ahli dan parti politik perlu mewujudkan akaun berasingan untuk menerima dana atau sumbangan supaya pemantauan aliran kewangan boleh dilaksanakan.

Jumlah sumbangan kepada ahli dan parti politik tidak dihadkan, namun setiap perbelanjaan perlu direkodkan serta dikawal selia oleh Pengawal Sumbangan dan Perbelanjaan Politik Sumbangan tunai daripada sumber asing kepada parti atau ahli politik perlu diharamkan supaya tiada pengaruh luar terhadap tadbir arus dan hala tuju tempatan.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA