Air Sungai Bertukar Warna Merah


GAMBAR sebatang sungai di Rusia yang bertukar warna menjadi merah darah kini tersebar menjadi viral menerusi laman sosial.

Misteri perubahan warna sungai itu tanpa sebarang petanda sekali gus mengejutkan ramai pihak hinggakan heboh diperkatakan.

Sungai bernama Daldykan itu dilaporkan terletak di Kota Norilsk, Kransnoyarsk iaitu kira-kira 2,883 kilometer dari ibu kota Rusia, Moscow.

Menurut laporan laman berita ABC, penduduk tempatan percaya perubahan warna Sungai Daldy menjadi merah itu berpunca dari sebuah kilang peleburan yang berada di hulu sungai itu.

Sementara itu, kilang berkenaan dalam satu kenyataannya memberitahu, mereka sedang memeriksa kandungan air sungai tersebut.

Namun, belum ada pengesahan sama ada berlaku kebocoran kandungan dari kilang tersebut, yang kemudian mengalir ke sungai.

Difahamkan, ini bukan kejadian pertama kali berlaku di sungai itu. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA