Ahmad Tolak Jawatan Mursyidul Am PAS


KOTA BHARU: Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob menyatakan hasrat untuk terus kekal sebagai Timbalan Mursyidul Am Pas bagi memberi laluan kepada pemimpin lain dilantik sebagai Muryidul Am parti itu.

Ahmad berkata, langkahnya menolak jawatan Mursyidul Am Pas bagi menggantikan Allahyarham Datuk Dr. Harin Din adalah kerana beliau mempunyai pelbagai komitmen lain dalam parti termasuk sebagai Menteri Besar.

“Bagi saya, biarlah saya kekal sebagai Timbalan Mursyidul Am sahaja kerana ramai lagi ahli Majlis Syura Ulama yang layak menggantikan Allahyarham.

“Saya banyak tugasan lain selain perlu menjaga Kelantan. Bagaimanapun keputusan akan dibuat menerusi mesyuarat parti itu yang akan diadakan nanti,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA