Agong Tak Ambil Peduli Urusan PPBM


Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah telah menjelaskan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa baginda tidak boleh mencampuri usaha yang dibuat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata dalam satu kenyataan bahawa beliau telah dimaklumkan oleh Yang di-Pertuan Agong, yang telah menerima menghadap Dr Mahathir yang juga pengerusi PPBM, di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah, minggu lepas.

“Dalam pertemuan itu, baginda mengambil maklum perkara yang dibangkitkan oleh Tun Dr Mahathir.

“Walau bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong turut menjelaskan kepada Tun Dr Mahathir bahawa baginda tidak boleh mencampuri usaha yang dibuat oleh PPBM.

“Ini kerana deklarasi dibuat PPBM tidak mengikut perlembagaan dan sebarang tindakan sepatutnya diuruskan menurut amalan lazim iaitu melalui Parlimen dan sistem pilihan raya bagi rakyat membuat keputusan,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA