ADUN Kalaka Yang Dilaporkan Hilang, Berjaya Ditemui


LAWAS: Selepas gagal dihubungi lebih 24 jam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka Datuk Abdul Wahab Aziz berjaya dikesan.

Ketika dihubungi Wahab berada di Long Kenayah, Hulu Pengalih Lawas.

Menurut Ketua Polis Daerah Lawas DSP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, sekitar jam 11.30 pagi Wahab berjaya dihubungi oleh isteri pemandu peribadinya.

Pemandu peribadi Wahab bersama beliau sepanjang berada di Lawas sejak Isnin lalu.

Zainal menjelaskan, keadaan hujan lebat di Long Kenayah ketika itu mungkin menyukarkan keadaan.

Difahamkan Wahab bersama anak sulungnya tiba di sini pada Isnin lepas atas urusan program ALUMNI UiTM Sarawak.

Memetik laporan Utusan Borneo, sebaik menamatkan program berkenaan, beliau bersama anak sulungnya dan pemandunya David mempunyai urusan persendirian sebelum gagal dihubungi pagi semalam.

Abang Zainal berkata lagi pada masa ini pihaknya berjaya menghubungi dan menghantar mesej kepada David namun panggilan tidak diangkat.

Jelasnya lagi pasukan mencarinya tidak dapat melalui jalan di Long Kenayah kerana keadaannya yang becak akibat hujan lebat yang melanda kawasan terbabit.-Sarawakina.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA