Adenan Rasmi Pameran ‘Urang Sarawak:Pameran Tentang Kita’


KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem merasmikan Pameran ‘Urang Sarawak: Pameran Tentang kita’ di Muzium Seni Sarawak di sini, hari ini.

Menurutnya, pameran yang bermula hari ini menggambarkan masyarakat negeri Sarawak sebagai satu masyarakat yang bertamadun, berbudaya dan kaya dengan warisan serta keunikan dari etnik-etnik yang terdapat di negeri ini.

“Melalui pameran ini, saya berharap akan dapat menarik lebih ramai pelancong ke Sarawak seterusnya, dengan promosi yang betul, pasti akan dapat mencapai sasaran untuk meningkatkan jumlah pelawat yang melawat muzium kita," ujarnya ketika majlis perasmian pameran tersebut pagi tadi.

Beliau menegaskan, harapan agar pameran ini dapat dimanfaatkan oleh para pengunjung dan secara tidak langsung menjadi satu bentuk pendidikan tidak formal dalam usaha Jabatan Muzium Sarawak memberi pengetahuan mengenai khazanak warisan kepada orang ramai.

“Komitmen dan usaha institusi permuziuman perlu terus dipertingkatkan dalam usaha menjadikan muzium sebagai salah satu jambatan ilmu yang mampu mengadunkan warisan dan teknologi melalui mekanisme tertentu yang berkesan,” katanya.- Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA