Abdellatif Ungguli 1,500 Meter T13, Atasi Masa Pemenang Olimpik


LONDON: Atlet paralimpik dari Algeria, Abdellatif Baka, memenangi acara 1,500 meter T13 (masalah penglihatan), dengan catatan masa 3 minit 48.29 saat, mengatasi masa dicatat pemenang emas Olimpik, bulan lalu.

Bukan sahaja Abdellatif, pemenang tempat kedua hingga keempat acara itu juga mencatatkan masa yang lebih baik daripada pemenang emas di Olimpik Rio dari Amerika Syarikat, Matthew Centrowitz (3:50.00s).

Abdellatif mencipta rekod dunia baharu dengan catatan masa 1.7 saat lebih pantas daripada Centrowitz. Tamiru Demisse dari Ethiopia, meraih pingat perak dengan catatan 3:48.49s, manakala atlet Kenya, Henry Kirwa, melintasi garisan penamat di kedudukan ketiga (3:49.59s).

Atlet yang menamatkan larian di kedudukan keempat, Fouad Baka, yang juga kembar Abdellatif, mencatat masa 3:49.84s .

"Bukan mudah untuk mendapatkan pingat emas ini. Saya sudah berusaha gigih dalam tempoh setahun hingga dua tahun ini dan ia sangat sukar buat saya," kata Abddellatif. - AGENSI

INFO Keputusan acara 1,500m di Olimpik Rio Emas - Matthew Centrowitz Jr. (Amerika Syarikat), 3:50.00s Perak - Taoufik Makhloufi (Algeria), 3:50.11s Gangsa - Nick Willis (New Zealand), 3:50.24s Keputusan acara 1,500m di Paralimpik Rio Emas - Abdellatif Baka (Algeria), 3:48.29s Perak - Tamiru Demisse (Ethiopia), 3:48.49s Gangsa - Henry Kirwa (Kenya), 3:49.59s Keempat - Fouad Baka (Algeria), 3:49.84s

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA