ABC Warong Kak Darot Jadi Pilihan Ramai



KUCHING: Bermula dengan jualan Ais Batu Campur (ABC) biasa dan rasa ingin mencuba, siapa sangka Warung Kak Darot kini menjadi persinggahan ramai terutama penduduk di sekitar bandar raya Kuching, bagi menikmati ABC yang punyai berbagai jenis.

Telah beroperasi selama enam tahun, Warung Kak Darot sering mendapat kunjungan ramai daripada pelbagai lapisan masyarakat khususnya para penjawat awam dan pekerja swasta.



Noriah Kawi 43 tahun, pemilik Warung tersebut berkata kunjungan yang ramai daripada pelanggan menyebabkan pekerjanya tidak menang tangan untuk mengambil pesanan sehingga pernah tercetusnya pergaduhan dengan pelanggan.

“Gerai saya berkonsepkan menunggu giliran,dan itulah antara faktor yang menyebabkan pergaduhan dengan pelanggan yang kurang sabar dengan perkhidmatan daripada warung kami,” ujarnya.

Noriah berkata pekerja sentiasa kelihatan sibuk setiap hari setelah warung dibuka bermula jam 12 tengahari sehingga jam 7 malam.




Mempunyai 25 jenis variasi dan keunikan tersendiri pada menu yang di sediakan, Sarawakiana dimaklumkan antara tumpuan pelanggan di Warung Kak Darot adalah ABC Ice Cream dan Keropok Lekor.

“Harga ABC yang ditawarkankan kepada pelanggan di warung saya dari RM2 hingga RM8 mengikut jenis”, ujranya.

Apa yang menarik perhatian Sarawakiana, ABC yang disediakan kepada pelanggan merupakan menu yang di cipta sendiri dan hasil air tangan Noriah sendiri dibantu oleh enam orang pekerjanya.

“Selain menyediakan ABC antara yang menjadi perhatian di warung ini, saya turut menyediakan juadah seperti Banana Cheese, Rojak Buah dan Keropok Lekor,” tambahnya.

Bagi pembaca Sarawakiana, silalah berkunjung ke Warung Kak Darot di Jalan Stakan bagi menikmati sendiri juadah yang disediakan. – Sarawakiana


No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA