999 Limau Bali Tanda Hantaran, Lamaran Ditolak


KEJUTAN yang cuba diberikan oleh seorang lelaki terhadap seorang wanita yang disukainya dengan melamar menggunakan sebanyak 999 biji buah bali ternyata gagal.

Kejadian memalukan itu berlaku apabila wanita tersebut menolak lamarannya mentah-mentah di hadapan sekumpulan orang awam, di China, baru-baru ini.


Pelajar dari sebuah universiti di Guangzhou itu melamar gadis yang diminatinya itu di hadapan sebuah pusat membeli-belah dengan ratusan buah limau bali yang disusun menjadi bentuk hati.

Bertanyakan, “Saya dah lama suka awak sejak pertama kali kita bertemu dan hari ini saya nak semua orang tahu yang saya suka kamu. Sudikah awak menjadi kekasih saya?”

Namun, jawapan gadis itu tidak seperti yang diharapkan lelaki itu apabila lamarannya ditolak mentah-mentah.

Wanita tersebut malah berharap yang mereka akan terus berkawan seperti biasa.

Ratusan buah limau bali itu kemudiannya diambil pengunjung pusat beli-belah itu selepas mendapat keizinan daripada gadis tersebut. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA