7 Kenderaan, 6 Kren Rosak Dihempap Runtuhan Rangka Bangunan Di Bintulu

Foto Ihsan Bomba
BINTULU: Tujuh buah kenderaan dan enam buah kren mengalami kerosakan selepas dihempap runtuhan rangka bangunan di Jalan Kidurong sekitar jam 2 petang tadi.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Farhan Sufyan Borhan berkata, semasa kejadian hujan turun dengan lebat dan angin kuat menyebabkan pekerja tidak dapat meneruskan kerja.

Menurutnya, bangunan tersebut dalam proses pembinaan dan hanya melibatkan separuh sahaja bangunan yang dibina menggunakan rangka besi.

"Tiada mangsa yang terlibat semasa kejadian berlaku," katanya.

Sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu bersama dua buah jentera bergegas ke lokasi kejadian sejurus laporan diterima.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA