6 nyaris maut bot karam di Tawau


TAWAU: Enam lelaki berdepan detik cemas selepas bot dinaiki mereka karam di perairan Tawau di sini, awal pagi tadi.

Mereka terselamat selepas sekumpulan orang awam menaiki beberapa bot yang kebetulan berada berhampiran lokasi menyedari kejadian itu.

Semua mangsa kemudian dibawa ke kawasan Batu-Batu, berhampiran bandar ini.

Difahamkan, bot berkenaan dalam perjalanan dari Kampung Sungai Haji Kuning dekat Pulau Sebatik ke Pelabuhan Tawau bagi menghantar hasil pertanian untuk dijual di Pasar Besar.

Timbalan Ketua Zon, Bomba dan Penyelamat Tawau, Sahidih Mahali, berkata bot mangsa dipercayai bocor sebelum karam.

"Ketika kejadian, ombak tinggi berikutan hujan," katanya ketika dihubungi.-BH


No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA