50 Pelajar Terima Daging Korban


KUCHING: Seramai 50 orang pelajar sekolah di sekitar bandar raya ini menerima bungkusan daging korban pada Majlis Ibadah Korban 2016 yang berlangsung di Auditorium Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) hari ini.

Majlis diserikan dengan kehadiran isteri Ketua Menteri Datin Patinggi Datuk Amar Jamilah Anu yang turut menyampaikan daging korban kepada pelajar.

Anjuran Surau Ar-Rahman, Jabatan Ketua Menteri, Wisma Bapa Malaysia dengan kerjasama JPNS, majlis itu yang julung kali diadakan melibatkan tujuh ekor lembu secara keseluruhannya.

Selain itu, pelajar terpilih turut menerima sumbangan wang tunai. -Sarawakiana.





No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA