400 Penduduk Tupong Terima Daging Korban


KUCHING: Seramai 400 penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tupong menerima daging korban, hari ini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazruddin Abdul Rahman, keseluruhannya lima ekor lembu dikorbankan tahun ini dan diagihkan kepada golongan kurang berkemampuan.

"Lokasi pengagihan akan tertumpu kepada kawasan yang tidak menjalankan ibadah korban," katanya.

Program ibadah korban kali ini dianjurkan pergerakan wanita dan pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Tupong.

Majlis turut dihadiri Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, Fazruddin, Ahli Dewan Negara Senator Dr Zaiedi Suhaili dan bekas ADUN Tupong Datuk Daud Abdul Rahman. -Sarawakiana.


No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA