320 Pemain Sertai 9th Sarawak Amatuer Masters Open Golf Championship 2016


KUCHING: Seramai 320 pemain mengesahkan penyertaan pada 9th Sarawak Amatuer Masters Open Golf Championship 2016 Yb Tan Sri Datuk Dr. James Jemut Masing, Deputy Chief Minister Of Sarawak Challenge Throphy yang berlangsung di Kelab Golf Sarawak (KGS) bermula 30 September hingga 2 Oktober.

Kejohanan dibahagikan kepada dua kategori iaitu terbuka dan tetamu jemputan.

Kategori terbuka akan dilangsungkan pada 30 September hingga 1 Oktober dengan melibatkan 120 pemain golf manakala kategori tetamu jemputan akan berlangsung 2 Oktober.

Hadiah keseluruhan bernilai RM50,000 menjadi rebutan pemain golf dalam kategori terbuka dan tetamu jemputan.

Pemain juga berpeluang memenangi hadiah ‘hole in one’ bernilai RM20,000 turut menjadi rebutan merangkumi Fourteen TC770 Iron Set, Maruman TW Pro with Shimada Iron Set, Callaway Apex Iron Set dan Callaway Apex Pro Iron Set.

Lebih menarik lagi, hadiah tambahan untuk pemenang ‘hole in one’ turut ditawarkan pada hari terakhir kejohanan melibatkan Toyota Camry 2.5L Hybrid bernilai RM164,000, jam tangan Tag Heuer (RM11,700) dan jam tangan Oris (RM10,900).-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA