3 Polis Thailand Maut Serangan Bom Di Yala



BANGKOK: Tiga anggota polis Thailand terbunuh manakala dua lagi cedera hari ini dalam satu serangan bom dan senjata di wilayah selatan Yala di mana pemisah melancarkan pemberontakan.

Serangan berlaku sebulan selepas siri serangan bom di tiga bandar utama pelancong di Thailand yang mengorbankan empat orang serta mencederakan berpuluh lain di samping meningkatkan kebimbangan pemisah melanjutkan perjuangan kepada sasaran pelancong.

Seorang pegawai polis, Leftenan Kolonel Chamnan Bhutpakdee, berkata anggotanya menaiki dua trak pikap apabila kenderaan pertama diletupkan bom tepi jalan.

"Penyerang meletupkan bom ketika trak melalui kawasan itu, serta merta membunuh tiga anggota," katanya.

Beliau berkata, pemisah kemudian melepaskan tembakan ke arah kenderaan kedua, mencederakan dua pegawai, seorang daripadanya parah. Sejak 2004, lebih 6,500 penduduk terbunuh, menurut kumpulan pemantau Deep South Watch. - Reuters

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA