27,058 Perjawatan Polis Bantuan Masih Kosong


KUCHING: Sebanyak 212 agensi diluluskan untuk menubuhkan polis bantuan dengan melibatkan 54,213 perjawatan, kata Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti SAC Che Yussof Che Ngah.

Beliau berkata, jumlah kekuatan daripada perjawatan tersebut adalah seramai 27,155.

Menurutnya, ini bermakna masih terdapat 27,058 kekosongan lagi perjawatan yang perlu diisi bagi memenuhi matlamat dan tujuan permohonan penubuhan polis bantuan.

Tambahnya, anggota polis bantuan perlu menanam tekad membantu Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam pencegahan dan pembanterasan jenayah.

"Apa-apa maklumat perlu disalurkan terus kepada PDRM untuk bersama-sama membendung aktiviti jenayah dengan lebih berkesan," katanya berucap pada Upacara Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Polis Bantuan Siri 1/2016 di Padang Kawad Kompleks PULAPOL, hari ini.

Pada masa sama beliau turut menasihati anggota polis bantuan untuk mengelak daripada terjebak dengan gejala negatif yang menyalahi undang-undang.

"Kesilapan atau kecuaian akan mengundang padah kepada diri sendiri selain mencemarkan imej agensi dan PDRM," ujarnya.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA