2,000 Penduduk Dapat Bekalan Elektrik


IGAN : Tujuh rumah panjang di Sungai Ilas mendapat bekalan elektrik yang memberi manafaat kepada 2000 orang penduduk.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Abu Seman Jahwie telah merasmikan  bekalan elektrik rumah panjang dalam satu majlis yang ringkas.

"Hari ini penduduk rumah panjang di Sungai Ilas Igan telah menikmati bekalan elektrik dan memberi faedah kepada 2000 penduduk yang selama ini begitu memerlukan bekalan elektrik.

"Saya berasa amat lega dan gembira apa yang saya perjuangkan sebelum ini akhirnya menjadi kenyataan," katanya ketika merasmikan pembekalan elektrik di rumah panjang Ilas semalam.

Beliau turut berterima kasih kepada kerajaan kerana merealisasikan impian rakyat di sini dan memudahkan kehidupan rakyat setempat dengan projek berteraskan rakyat seperti apa yang telah berlaku hari ini.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA