20 Orang Maut Akibat Banjir Lumpur Di Jawa Barat


JAKARTA – Sebanyak 20 orang disahkan maut manakala lebih 1,000 penduduk dipindahkan akibat banjir lumpur yang melanda Garut, Jawa Barat semalam.

Siaran-siaran berita televisyen memetik Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat (Humas) Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho sebagai berkata setakat ini 1,000 orang telah dipindahkan di beberapa pusat pemindahan sementara termasuk di Hospital Guntur di Garut.

Katanya, banjir lumpur itu telah mengakibatkan ribuan rumah musnah dan hanyut dibawa arus.

Beliau berkata, banjir lumpur yang menerjah rumah penduduk sehingga setinggi enam meter dan setinggi bumbung rumah apabila hujan lebat sejak malam Isnin.

Antara kawasan terbabit dengan banjir lumpur itu ialah di Bayongbong, Tarogong Kidul, Tarogong Kaler, Banyuresmi, Karangpawitan di daerah Garut.

Banjir telah surut dan pasukan khas bencana alam sedang menjalankan kerja-kerja mencari dan menyelamat. – Bernama

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA