20 Mangsa Pemerdagangan Diselamatkan


JOHOR BAHRU: Jabatan Imigresen Johor menyelamatkan 20 wanita Thailand yang menjadi mangsa pemerdagangan di Ops ATIPSOM di sekitar bandaraya Johor Bahru di sini, pagi semalam.

Jurucakap Jabatan Imigresen Johor berkata, kumpulan wanita berusia 45 hingga 71 tahun itu ditemui dalam dua kenderaan pacuan empat roda.

Beliau berkata, dalam operasi 11.30 pagi berhampiran bank di Bandar Baru Uda dan Taman Impian Emas, dua pemandu lelaki warga Thailand berusia 25 dan 50 tahun juga ditahan bagi membantu siasatan.

"Pemandu berkenaan dipercayai ketua sindiket mengaut keuntungan secara mudah apabila membabitkan kumpulan wanita dalam aktiviti jualan makanan ringan seperti keropok.

"Kes sisiasat mengikut Seksyen 15 Akta ATIPSOM 2007 selain kenderaan dipandu mereka disita.

"Manakala kumpulan wanita itu diselamatkan mengikut Seksyen 44 Akta ATIPSOM 2007," katanya.-HM

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA