1MDB: Malaysia, AS Akan Kerjasama

Foto BERNAMA

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, Malaysia akan bekerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) dan pihak berkuasa antarabangsa yang lain, bagi menyiasat penyalahgunaan wang dari dana milik negara.

"Kami sama-sama mengambil berat tentang tadbir urus yang baik di Malaysia dan kedaulatan undang-undang," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Canselor Jerman Angela Merkel, apabila ditanya mengenai siasatan antarabangsa itu seperti dilapor Reuters hari ini.

Najib berkata Malaysia akan melakukan yang terbaik untuk bekerjasama dan melakukan apa yang perlu selari dengan lingkungan tadbir urus yang baik dan mengkikut kedaulatan undang-undang.

Dalam perkembangan lain, Najib berkata beliau membantah pilihan raya awal sebelum tarikh akhir 2018 kerana keputusan itu tidak boleh berdasarkan "apa-apa faktor tunggal".

"Kami mempunyai rekod yang kukuh dan kami akan terus memberitahu rakyat Malaysia bahawa kerajaan kami masih merupakan pilihan yang terbaik," katanya.

1MDB ditubuhkan pada September 2009 untuk pelaburan dalam projek hartanah dan tenaga strategik.

Najib menafikan sebarang salah laku dan telah mengharungi gesaaan berterusan agar meletakkan jawatan berhubung cara beliau mengendalikan skandal 1MDB, yang juga sedang disiasat oleh sekurang-kurangnya lima negara lain. - SH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA