17 Maut Dalam Letupan Kilang Di Bangladesh

Foto AFP

DHAKA: Sekurang-kurangnya 17 maut dalam insiden letupan di sebuah kilang pembungkusan di Tongi, Bangladesh.

Dalam kejadian di bangunan lima tingkat itu, 25 yang lain disahkan mengalami kecederaan.

Pihak berkuasa Dhaka mengesahkan kesemua mayat mangsa berjaya dibawa keluar manakala mereka yang cedera dikejarkan ke hospital.

Jurucakap hospital berkata sembilan mayat belum dikenal pasti dan masih menunggu pengesahan waris mangsa.

Media tempatan melaporkan bilangan mangsa yang maut mungkin meningkat dengan lebih dari 50 orang pekerja kilang mengalami kecerderaan.

Punca kejadian masih dalam siasatan. - Awani

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA