1,600 Anggota Tentera Darat Jaga Sempadan



PASIR MAS: Seramai 1,600 anggota Tentera Darat ditempatkan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand sepanjang 646 kilometer, dalam usaha mengekang ancaman kumpulan militan IS dan penyeludupan.

Anggota berkenaan membabitkan Pasukan 2 Briged, 6 Briged, 8 Briged dan 31 Briged Sempadan yang berkawal di 80 pos kawalan bermula dari Perlis ke Kelantan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata pelbagai inisiatif dilaksanakan bagi memperkukuh pertahanan dan pengurusan sempadan negara.

"Ancaman IS, penyeludupan dan pemerdagangan manusia adalah isu utama yang dikaitkan dengan sempadan Malaysia-Thailand.

"Pada masa sama, kita akan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Malaysia-Thailand bulan ini bagi membincangkan isu jenayah di kawasan sempadan," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Pasir Mas, di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ibrahim 1, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Datuk Hanafi Mamat dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.-BH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA