145 Kebakaran Rumah Di Sarawak Setakat Ini


KUCHING: Sebanyak 145 kes kebakaran rumah dilaporkan berlaku di negeri ini setakat 28 September.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Nor Hisham Mohammad berkata, daripada jumlah itu, 100 kes melibatkan rumah tunggal, 35 kes rumah teres, lima kes rumah pangsa dan lima kes rumah setinggan.

Beliau berkata, sebanyak 18 kes pula melibatkan kebarakan rumah panjang dengan 233 pintu terbakar yang kebanyakannya terletak di kawasan terpencil.

Malam tadi satu kebakaran berlaku melibatkan Rumah Panjang di RH Indang, Labang, Bintulu sekitar jam 9.21 malam.

Kebakaran tersebut melibatkan 33 buah pintu yang terbakar keseluruhan.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA