135 Pasangan Indonesia Sertai Pernikahan Di Kuching


KUCHING: Sebanyak 135 pasangan warga negara Indonesia menyertai sidang itsbat nikah (perkahwinan Massal) di Dewan Serbaguna Konsulat Jenderal Republik Indonesia Kuching hari ini.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Fatimah Abdullah berkata, penganjuran majlis tersebut penting kerana mengikut peraturan perkahwinan, hukum agama.

"Majlis seperti ini dapat menjaga hak wanita dan anak-anak yang bakal dilahirkan nanti," katanya.

Menurutnya, ia adalah aspek penting yang perlu diberi perhatian dalam usaha melahirkan modal insan berkualiti dan keluarga bahagia.

Beliau berkata, pernikahan tidak teratur akan menyebabkan berlaku banyak masalah terutama dari segi kewarganegaraan.

"Masalah yang kita hadapi adalah dalam sijil kelahiran anak akan dicatatkan sebagai kewarganegaraan belum ditentutan.

"Ini bermakna, satu proses dan prosedur harus dijalankan supaya kewarganegaraan kanak-kanak ditentukan," ujarnya.

Menurut Fatimah lagi, setiap majikan perlu mematuhi peraturan berkaitan permit penggajian pekerja bukan bermastautin di bawah Seksyen 119 Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76).

Beliau juga berharap agar status pekerja asing yang sah terus bertambah, manakala pekerja asing yang berstatus tidak sah dapat dikurang. – Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA