115 Mayat Ditemui Di Perairan Mesir


ROSETTA: Seorang pegawai kanan Mesir berkata, sejumlah 115 mayat ditemui di perairan negara itu, tiga hari selepas ratusan pendatang menuju ke Eropah, lemas.

Gabenor Wilayah Beheira, Mohammed Sultan, berkata puluhan lagi pendatang dikhuatiri maut.

Bot pendatang karam kelmarin, hampir 12 kilometer dari bandar pelabuhan Dataran Nil, Rosetta.

Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR) menganggarkan, bot terbabit penuh sesak dengan kira-kira 450 orang, sementara agensi berita MENA sebelum itu melaporkan jumlah itu mungkin sehingga 600 orang.

Kira-kira 150 orang, kebanyakannya warga Mesir terselamat manakala yang maut adalah wanita dan kanak-kanak yang tidak berdaya untuk berenang.

Mesir menjadi laluan tradisi buat pendatang menuju ke Eropah menerusi jalan laut. - AP

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA