1000 Tandatangan Solidariti Guan Eng, Matikan Isu Impian Sarawak


Persoalan tentang wang sumbangan Impian Sarawak masih hebat diperkatakan netizen memandangkan pendedahan oleh sebuah portal berkenaan RM10 Juta wang derma rakyat kepada program tersebut masih belum mendapat jawapan daripada pemimpin DAP Sarawak.

Dalam hal tersebut masih hangat diperkatakan, secara senyap Lim Kit Siang datang ke Sarawak dan bermalam di Sibu. Menurut sumber, ramai pemimpin DAP Sarawak berkampung di Sibu meraikan ketibaan Kit Siang.

25 September 2016, DAP melangsungkan majlis makan malam yang turut dihadiri oleh Lim Kit Siang dan pemimpin DAP. Sumber menyatakan, ucapan Kit Siang memang sudah dijangka dan umum mengetahui setiap kali ucapan daripada pemimpin DAP akan menyalahkan pihak Barisan Nasional apabila pemimpin DAP yang mendapat masalah.

Semua kesalahan akan dilontar kepada BN dan menutup kesalahan di pihak DAP sendiri. Begitulah juga isu berkenaan Lim Guan Eng yang sedang bergelut dengan isu rasuah yang melibatkan pembelian sebuah banglow di Pulau Pinang. Perkara berkenaan masih lagi dibicarakan di mahkamah tetapi Kit Siang berucap di Sibu melontarkan kesalahan di pihak BN dengan mengaitkan ia sebagai konspirasi politik.

Hakikatnya pemimpin DAP bijak mengalih isu walhal apa yang perlu adalah berkenaan isu kemana wang derma rakyat kepada program Impian Sarawak. Kit Siang mematikan isu tersebut bermain sentimen belas kasihan kepada Lim Guan Eng. Dana sumbangan rakyat terus lenyap untuk dipersoal secara umum. Memang bijak pemimpin DAP menutup ruang yang ada supaya kepincangan melibatkan pengurusan wang derma tidak dibangkitkan.

Akhirnya penyokong DAP membisu tanpa mampu berkata dan hanya mampu menandatangani soladiriti untuk menyokong Lim Guan Eng dan terdapat 1000 orang telah menurunkan tandatangan seperti yang dilaporkan sumber. 

Maka hilang terus persoalan berkenaan dana sumbangan rakyat untuk Impian Sarawak yang sebelum ini diperolehi melalui majlis makan malam, online, program-program dan sebagainya. Justeru 1000 tandatagan solidariti Guan Eng mematikan isu dana sumbangan kepada Impian Sarawak.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA