• Zahid Hamidi Berangkat Pulang Ke Kuala Lumpur

    Published: Monday, 1 August 2016
    A- A+


    KUCHING: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis  berangkat pulang ke Kuala Lumpur sekitar jam 11 pagi tadi.

    Beliau berada di negeri ini untuk menyempurnakan Majlis Penutupan Rasmi SUKMA Ke-18 Sarawak 2016 di Stadium Sarawak, Petra Jaya malam tadi.

    Hadir sama menghantar beliau termasuk Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Dr Sim Kui Hian, dan Menteri Muda Kebajikan dan Kesejahteraan Masyarakat Dr Abdul Rahman Ismail. – Sarawakiana
  • No Comment to " Zahid Hamidi Berangkat Pulang Ke Kuala Lumpur "