Yayasan John Jinep Bantu Pelajar Bidayuh



KUCHING : Yayasan John Jinep yang ditubuhkan tidak sampai setahun namun lebih 50 pelajar berketurunan Bidayuh sudah dibantu untuk melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Penasihatnya, Datuk Henry Harry Jinep berkata, tujuan utama penubuhan yayasan tersebut adalah untuk memperkasa bidang pendidikan di kalangan masyarakat Bidayuh.

"Kita akan terus membantu pelajar untuk memperkasa  bidang pendidikan. Saya berharap pelajar yang menerima insentif ini dapat belajar dengan sebaik mungkin," katanya berucap pada majlis penyampaian insentif hari ini.

Pada majlis yang dihadiri Menteri Belia dan Sukan dan Solidariti Dato Sri Michael Manyin Jawong tersebut, seramai 30 pelajar menerima insentif masing-masing.

Menurut Henry lagi, golongan pelajar di IPT sepatutnya tidak melupakan asal usul sendiri dan perlu bangga dengan budaya masing-masing. -Sarawakiana.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA