Yayasan Jantung Sarawak Beri Sumbangan Besar - Tun Taib



KOTA SAMARAHAN : Yayasan Jantung Sarawak memainkan peranan besar dalam meningkatkan kesederan rakyat Sarawak tentang penyakit jantung dan kesannya.

Yang Di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, penubuhan yayasan tersebut juga memberi impak besar kepada Sarawak sehingga tertubuhnya Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak,

Malah menurutnya, pelbagai lagi usaha yayasan termasuk mendapatkan mesin rawatan jantung berteknologi tinggi untuk manfaat rakyat yang mempunyai masalah jantung.

"Bukan mudah untuk melakukan tugas ini tetapi dengan komitmen tinggi maka rawatan terbaik dapat disediakan," katanya pada Majlis Penyerahan Peralatan Perubatan (VATS System) di sini, hari ini.

Dengan memiliki peralatan rawatan yang lengkap katanya, pusat tersebut dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Hadir sama isteri Yang Di-Pertua Negeri Toh Puan Ragad Kurdi Taib, isteri Ketua Menteri Datin Patinggi Datuk Jamilah Anu dan Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Profesor Dr Sim Kui Hian. Sarawakiana.







No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA