Warga Malaysia tumbuk pramugari dipenjara


SINGAPURA - Seorang pendandan rambut warga Malaysia dihukum penjara lima hari bermula semalam selepas mengaku bersalah menumbuk pramugari Tigerair.

Laporan Straits Times mengatakan Chong Nyok Kiew, 57 dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Malaysia dalam kejadian 23 Februari lepas.

Sebelum penerbangan, pramugari Veronica Siau Yen Ting, 26 menyimpan sepasang tongkat milik seorang penumpang di tempat menyimpan barang yang terletak di atas kepala (overhead compartment).

Veronica memberitahu pemilik tongkat supaya berhati-hati ketika mengambil tongkat tersebut apabila pesawat mendarat kelak.

Selepas pesawat mendarat, tindakan seorang penumpang membuka tempat menyimpan barang jatuh menimpa Chong.

Chong kemudian memarahi dengan kuat dan Veronica memohon maaf atas kejadian tersebut.

Chong bagaimanapun tidak menerima permohonan maaf malah meminta ganti rugi, selain menghalang penumpang lain keluar dari pesawat.

Veronica sekali lagi memohon maaf tetapi ditumbuk oleh Chong di bahagian pipi kiri dan bahu.

Polis terpaksa dipanggil untuk menahan Chong.

Peguam Chong bagaimanapun merayu supaya anak guammnya tidak dihukum penjara kerana beliau memerlukan perhatian perubatan.-SH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA