Warga Emas Letak Asid Dalam Pelincir Di Kelab Gay



SYDNEY – Seorang lelaki warga emas berusia 62 tahun yang meletakkan asid hidroklorik di dalam bekas pelincir di sebuah kelab malam gay di Australia telah ditangkap dan dikenakan tindakan, lapor media tempatan semalam.

Perbadanan Penyiaran Australia melaporkan bahawa insiden tersebut berlaku pada Sabtu lepas di Bar Aarows yang popular dalam kalangan gay dan lesbian di Sydney.

Asid hidroklorik boleh menyebabkan kecederaan serta- merta apabila disentuh.

Polis New South Wales mengesahkan bahawa seorang lelaki telah ditangkap dan didakwa.

“Berikutan beberapa insiden serupa, peralatan di dalam bilik tersebut telah diletakkan alat penggera bagi memberi amaran kepada pegawai keselamatan sekiranya diusik,” kata polis.

Polis berkata, alat penggera tersebut berbunyi dan pihak keselamatan berjaya menahan lelaki itu sebelum diserahkan kepada polis. Seorang pengunjung berkata, perbuatan lelaki itu sangat teruk.

Lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu telah didakwa atas kesalahan menggunakan racun dengan niat untuk mendatangkan kecederaan selain beberapa tuduhan lain. – AFP

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA