Warga Emas Dikhuatiri Lemas Berhampiran Barrage

KUCHING: Seorang warga emas yang mengusaha perahu tambang dikhuatiri lemas setelah hilang ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di kampung Empila dekat sini dua hari lepas.

Sahari Zen ,75 dilaporkan hilang ketika melalui aliran sungai Waterfront menuju ke Kota Samarahan kira-kira jam 5 petang pada Rabu.

Menurut saksi, kali terakhir mangsa dilihat sedang melepasi kawasan barrage hendak pulang menuju ke Kampung Empila, Samarahan menggunakan bot penambang miliknya dari Waterfront, Kuching.

Gerakan mencari dan menyelamat (SAR) telah dilancarkan bersama penduduk kampung di sepanjang laluan sungai yang selalu digunakan oleh mangsa, namun sehingga kini tidak menjumpai apa-apa petunjuk.

Operasi SAR diteruskan pagi ini. - Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA