Wanita Tunjang Kemenangan PRS Pada PRN Ke 11

Peranan wanita dalam Parti Rakyat Sarawak (PRS) tidak dapat dipertikaikan kerana usaha keras pergerakan wanita parti itu bagi membantu memenangi calon PRS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke 11 yang lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin Snowdan Lawan berkata sumbangan wanita terhadap PRS begitu besar sekali kerana wanita lebih bertungkus lumus dan bekerjasama antara mereka untuk membantu calon PRS menang pilihanraya.

"Contoh wanita yang amat dikagumi dalam PRS ialah Dato Sri Doris Sophia Brodie cukup bersemangat bersama kaum wanita di Balai Ringin membantu saya memenangi pilihanraya lepas" katanya.

"Mereka (wanita) mempunyai sikap yang lebih setia dan berjuang untuk parti bagi memastikan PRS memenangi pilihanraya," jelasnya ketika berucap pada Majlis Kesyukuran kemenangan ADUN BN di bawah Parlimen Sri Aman pada Jumaat.

Beliau menyatakan cukup berterima kasih kepada kaum wanita di Balai Ringin kerana begitu setia bersama beliau dan merupakan pengundi yang paling banyak di DUN Balai Ringin.

Beliau turut mengucap setinggi-tinggi tahniah kepada Dato Sri Doris Sophia Brodie kerana buat julung kalinya dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak dan ini adalah penghargaan yang begitu besar buat PRS.

Snowdan hadir ke Majlis Kesyukuran BN di bawah Parlimen Sri Aman bersama Masir Kujat, Datuk Mong Dagang, Datuk Francis Harden Hollis di Dewan Suarah Sri Aman pada Jumaat lepas.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA