Wanita Perlu Maju Ke Hadapan Capai Potensi Paling Optimum - Nancy


Hari ini merupakan hari yang istimewa kepada wanita di seluruh Malaysia sebagai pengiktirafan sumbangan wanita dalam pembangunan dan kemajuan negara.

Tidak kiralah samada anda seorang ibu, isteri, anak baik di bandar mahupun di luar bandar,  peranan anda amatlah penting dalam membantu pembangunan negara, malah dalam keadaan tertentu, mengatasi peranan lelaki, terutama dalam bidang yang didominasi oleh kaum wanita.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Sukri berkata, strategi kerajaan kini menjurus ke arah menggalakkan budaya inovatif yang berpotensi untuk mengubah kehidupan dan mewujudkan kekayaan berpanjangan untuk seluruh rakyat dalam mengharungi cabaran perubahan lanskap masa ini.

"Untuk itu, wanita perlu terus berusaha menyediakan diri dengan ilmu pengetahuan sebanyak mungkin bagi mencapai potensi yang paling optimum," katanya

"Seiring dengan tema sambutan tahun ini iaitu “Sepadu Usaha – Tiada Wanita Ketinggalan”, ingin saya mengajak wanita di seluruh Malaysia untuk terus berinovasi, mencipta kelainan dalam apa jua bidang," ujar beliau

Beliau turut menggesa semua wanita berganding bahu memberi tumpuan untuk berada di barisan hadapan dalam  menggunakan dan mencipta hasil yang baharu untuk terus meraih keuntungan dan terus menjadi penyumbang kepada pembangunan negara dan masyarakat keseluruhannya.

"Selamat Hari Wanita Kebangsaan 2016!," - Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA