• Wanita Maut, Van Bertembung Alza

    Published: Saturday, 20 August 2016
    A- A+

    KUCHING: Seorang wanita maut dalam kemalangan yang melibatkan sebuah van dan kereta perodua Alza di Jalan Perindustrian Demak Laut disini petang tadi.

    Mangsa yang maut dikenali sebagai Raniah Ramli, 50 akibat tersepit di tempat duduk pemandu.

    Menurut jurucakap bomba, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Tabuan Jaya dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus laporan diterima.

    "Mangsa maut akibat tersepit ditempat duduk pemandu manakala penumpang van terbabit mengalami kecederaan ringan," katanya

    Sehingga berita ini ditulis status pemandu kereta perodua Alza masih tidak diketahui.

    Kesemua mangsa dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan selanjutnya.-Sarawakiana
  • No Comment to " Wanita Maut, Van Bertembung Alza "