Wanita Dayak Berperanan Besar Dalam Komuniti - Masing



KUCHING : Peranan wanita dayak dalam pengurusan komunuti begitu besar kerana mereka mampu menganjurkan apa-apa acara persatuan secara besar-besaran.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing berkata, pada zaman ini wanita begitu menyerlah dalam apa jua bidang termasuk mengelolakan majlis-majlis besar.

"Dunia sudah tidak seperti dahulu lagi di mana hari ini wanita begitu aktif dan mampu berjaya seperti mana lelaki yang berjaya.

"Hari ini juga menyaksikan 60% wanita menjadi graduan Universiti berbanding lelaki," katanya ketika Majlis Pekit Kumang Keling di Festival Dayak Iban Samarahan di Kuching sebentar tadi.

Beliau turut menyatakan bahawa kaum wanita turut menceburi dunia politik, perniagaan dan sebagainya dan wanita hari ii juga mampu kejayaan pada peringkat tertinggi.

"Jumlah wanita yang menjadi pemilih pada pilihanraya juga mencatat 60% tertinggi dari pengundi lelaki.

"Oleh itu kuasa wanita cukup besar bagi memilih pemimpin yang akan menjadi wakil rakyat mereka dan peranan wanita hari ini tidak boleh dipandang rendah lagi," ujarnya.

Turut hadir di Majlis Pekit Kumang Keling Festival Dayak Iban Samarahan ialah ADUN Balai Ringin Snowdan Lawan dan ADUN Tamin Christopher Gira di sini malam tadi.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA