Wanita Cedera Parah, Kemalangan Toyota Vios di Jalan Mendamit


LIMBANG:
Seorang wanita berusia 28 tahun cedera parah selepas kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di Jalan Mendamit 7 pagi tadi.

Menurut jurucakap bomba, mangsa yang mengalami kecederaan parah itu dikeluarkan orang dan dihantar ke Hospital Limbang menggunakan jentera EMRS.

"Seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Setibanya dilokasi, didapati benar berlaku kemalangan melibatkan Toyota Vios yang dipandu seorang wanita," katanya.

Sehingga berita ini ditulis, keadaan mangsa masih belum diketahui. -Sarawakiana.



No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA