[Video] Trak Najis Lebih Muatan Di Russia Meletup Atas Jalan Raya


INILAH punca mengapa anda perlu menutup tingkap kereta semasa memandu di jalan raya. Trak penyedut najis yang mengandungi najis tiba-tiba meletup di jalan raya terkena kenderaan yang berada di situ.

Peristiwa itu berjaya dirakamkanoleh kamera kereta. Pemilik kemudiannya memuat naik video ke media sosial.

Media tempatan melaporkan, pemandangan menjijikkan ini berlaku di pusat bandar Moscow, Rusia. Pada saat rakaman ini, menunjukkan bahawa kenderaan-kenderaan di jalan tersebut sedang berhenti kerana jalan sesak.

Kemudian, tanpa diduga tiba-tiba trak itu menyemburkan semua isi ‘najis’ tersebut. Sebuah kereta putih, bas bandar dan teksi kuning yang berada di sisi kiri, kanan, dan belakang trak tersebut terkena tempias.

Kereta putih itu terkena pada sisi kanan kereta, manakala bas bandar tersebut terkena di sisi kiri kereta, dan semua bahagian depan teksi itu juga mendapat tempias najis tersebut. Nasiblah tingkap ketiga kereta tersebut ditutup rapat.

Bukan hanya itu, kotoran dalam trak itu pun bersepah di jalanan. Letupan dikatakan kerana trak lebih muatan sehingga membuat tekanan gas di dalam tangki dan tidak terkawal.

Menurut pegawai tempatan, tiada korban jiwa dan kecederaan kecil berlaku. Namun, hal ini pasti akan sentiasa diingati oleh orang yang terkena semburan itu.

Video yang dimuat naik ke media sosial tersebut telah ditonton sebanyak 2.5 juta kali. Kebanyakan netizen yang mengulas mengenai video itu, seperti mana pada akaun 13 Vide mengatakan “Inilah alasan lain mengapa ketika aku memandu kereta, tingkap sentiasa tertutup.”

“Kadang-kadang musibah sering terjadi” akaun lain, 43bikeguy berkata, “Itu sangat menjijikkan, dan pada hari itu sangat panas “. -MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA