V Shem-Wee Kiong terima surat ucapan tahniah daripada isteri PM

RIO DE JANEIRO - Beregu badminton lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong mendapat suntikan semangat menjelang final Sukan Olimpik Rio 2016 hari ini apabila menerima surat ucapan tahniah dan syabas daripada isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor semalam.

Selaku penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rosmah, Datuk Seri Najib Tun Razak serta keluarga merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada dua pemain itu yang berjaya menempah tempat ke final.

V Shem-Wee Kiong akan menentang beregu China, Fu Haifeng-Zhang Nan pada perlawanan merebut pingat emas di Pavilion 4, Riocentro di sini kira-kira puku l10.15 malam nanti.

Selain beregu tersebut, Rosmah turut mengutuskan surat kepada beregu campuran negara, Chan Peng Soon and Goh Liu Ying yang berjaya merangkul pingat perak.

"Buktikanlah kepada dunia akan kemampuan yang ada pada diri saudara dan teruskan menyuntikan semangat 'Malaysia Boleh'," demikian petikan surat tersebut.

Chef-de-mission, Tan Sri Muhamad Al Amin Abdul Majid menyampaikan surat berkenaan kepada kedua-kedua beregu berkenaan di Perkampungan Sukan di sini. - Bernama

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA