Uggah Lawat Pusat Pemprosesan dan Pengeluaran Beni Padi Stumbin

Foto Penerangan
SRI AMAN: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini melakukan lawatan kerja ke Pusat Pemprosesan dan Pengeluaran Beni Padi Stumbin, Sri Awam di bawah Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Batang Lupar.

Dalam lawatan itu, Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar diberikan taklimat tentang hala tuju pusat berkenaan.

Beliau juga melihat sendiri cabaran dihadapai dalam pembinaan pusat berkenaan terutama untuk merealisasikan matlamat kerajaan mencapai pendapatan isi rumah minima RM4,000 sebulan menjelang 2020.

Pembinaan pusat berkenaan dibahagikan kepada tiga fasa dengan fasa pertama sudah siap sepenuhnya.

Pusat berkenaan kini berada pada fasa kedua dan dijangka siap Mac tahun depan.

Fasa kedua merangkumi kerja membina tali air, perparitan, jalan ladang, pintu air, alur limpah, rumah pam, struktur 'intake', struktur 'weir', pembetung dan saluran paip pengairan.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Simoi Peri. -Sarawakiana.


No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA