Tunjuk Rasa Cinta Kepada Negara Dengan Rai Kemerdekaan


KUCHING: Setiap lapisan masyarakat menunjukkan rasa cinta kepada negara dengan meraikan hari kemerdekaan.

Menteri Muda Solidariti Rosey Yunus berkata, ketua jabatan dan ketua masyarakat perlu merangka aktiviti masing-masing sepanjang bulan kemerdekaan.

"Saya berharap agar bulan kemerdekaan ini dapat diraikan bersama di kalangan masyarakat," katanya berucap pada Program Kibaran dan Penyerahan Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sarawak sebentar tadi.

Menurutnya, masyarakat berbilang kaum di Malaysia juga amat beruntung kerana dapat terus hidup dalam keadaan aman damai.

“Kita amat bersyukur sekali kerana kita berada di sebuah negara yang aman damai dengan kepelbagaian kaum,” ujarnya.

Program tersebut melibatkan 30 buah sekolah terpilih sekitar Kuching, Kota Samarahan dan Padawan.

Pada majlis yang sama, Sekolah Kebangsaan Tan Sri Dr Sulaiman Daud menerima sumbangan berjumlah RM 4,000 untuk pembinaan surau. – Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA