Tujuan Perhimpunan Bersih 5.0 Semakin Mengarut!


Pengumuman perhimpunan Bersih 5.0 yang akan diadakan tidak lama lagi dianggap semakin mengarut kerana dilihat semakin tersasar dari tujuan asal mereka iaitu mahu menuntut pilihan raya bersih yang diuar-uarkan selama ini menurut Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya perhimpunan tersebut sebaliknya bertujuan untuk memberi tekanan kepada kerajaan bagi membawa mereka terbabit dalam skandal 1MDB ke mahkamah dan menggesa kerajan menyiasat 1MDB dengan telus.

"Ini jelas menunjukkan penganjur Bersih 2.0 akan mengadakan demonstrasi tanpa mengira apa jua isu yang timbul, dan bukan hanya sekadar mendesak pilihan raya yang telus,"

“Dulu dia kata ini untuk pilihan raya, nak adakan supaya pilihan raya yang bersih peringkat Bersih 1, Bersih 2 dulu,"

“Sekarang ini semua nak campur dah. Nak berarak kerana Jabatan Keadilan Amerika Syarikatlah, nak berarak kerana apa?” soalnya pada sidang media di kementeriannya semalam.

Justeru itu, beliau mencadangkan agar penganjur program berkenaann mengadakan perhimpunan Bersih 5 di Stadium Shah Alam, sekiranya mereka tidak boleh menjamin perhimpunan itu akan diadakan secara aman.

“Dulu pun kata nak berhimpun dengan aman, tapi pijak gambar dan sebagainya dan menimbulkan kontroversi besar.

“Saya tak nak kata tak bolehlah, pasal kebenarannya (diberikan) polis. Polis yang boleh benarkan atau tak benarkan. Tapi sebaik-baiknya tak payah,” tegasnya.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar juga turut menasihati pihak penganjur Bersih 2.0 supaya tidak terpesong daripada tuntutan reformasi sistem pilihan raya.

“Mereka sepatutnya tumpu isu pilihan raya adil iaitu matlamat mereka pada asalnya,” katanya

Khalid turut menegaskan polis tidak akan membenarkan sebarang penganjuran perhimpunan jalanan bagi mendesak Perdana Menteri berundur, susulan saman sivil berkaitan 1MDB di Amerika Syarikat.- Sarawakiana

1 comment:

  1. "Kalau bangsa melayu tak sedar diri begini lah jadi nya. Bangsa kita akan disapu bangsa lain. “Virus ini datang daripada parti politik baharu dan ahlinya menjadi penyebarnya. Oleh itu, saya berharap rakyat menjauhkan diri daripada virus ini.

    “Gunakan akal fikiran dan jangan menyesal kemudian hari. Pembawa virus ini akan menghentam kerajaan setiap hari dan menghasut rakyat supaya membenci pemimpin, tetapi kebaikan yang dibuat kerajaan semua mereka tak nampak..

    Penyokong baju merah bukan nya calang calang orang. Ramai ahli NGO yang berdaftar turun saports. Wahai cina tak sedar diri berundur lah kamu sebelum kamu ditibai..

    Melayu sekarang apa sudah jadi. Dulu bersatu padu bergabung tibai orang cina ni. Sekarang melayu sokong parti cina komunis. Macam admin kata melayu diperkuda kan. Cina bagi arahan je. Yang turun padang buat keje bergaduh semua nya melayu. Hahaa

    ReplyDelete

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA