Tubuh Jawatankuasa Khas Selesai Isu Kewarganegaraan


KUCHING: Isu berkaitan status kewarganegaraan belum ditentukan di Sarawak dijangka dapat diselesaikan dengan penubuhan jawatankuasa khas berkaitan dengan status kewarganegaraan di bawah Perkara 15A.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Fatimah Abdullah berkata, cadangan penubuhan jawatankuasa khas tersebut akan dibentangkan dalam mesyuarat kabinet bulan depan.

"Kita berharap kerajaan negeri dapat meluluskan cadangan ini agar dapat dilaksanakan terus bulan September," katanya.

Malah menurutnya, jawatankuasa tersebut turut menetapkan sasaran Indeks Perasti Utama (KPI) menyelesaikan 560 kes sekiranya dilaksanakan September nanti.

Beliau menambah, ketua jabatan dan agensi seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Pendidikan Negeri, Jabatan Kesihatan, Jabatan Imigresen, Pejabat Peguam Negeri, Jabatan Ketua Menteri, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), Majlis Adat Istiadat Negeri, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat selain pemimpin akar umbi akan terlibat dengan jawatankuasa tersebut. -Sarawakiana.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA