TPM Ucap Tahniah Kepada Pandelela-Jun Hoong


NUSA DUA, Bali: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada gandingan Pandelela Rinong-Cheong Jun Hoong yang menyumbang pingat perak pertama Malaysia di Sukan Olimpik Rio 2016, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kejayaan di pentas olimpik itu akan memberi motivasi kepada atlet negara bagi menghadapi saingan dalam Sukan SEA tahun depan di Kuala Lumpur.

Katanya, dengan kejayaan ini, beliau yakin Menteri Belia dan Sukan tidak akan menumpukan kepada acara sukan tertentu sahaja, tetapi acara yang dapat melahirkan atlet bertaraf antarabangsa yang bersesuaian dengan saiz fizikal rakyat Malaysia.

"Kejayaan ini akan memberi cabaran baharu kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk memastikan atlet negara terus cemerlang dalam sukan terutama dalam Sukan SEA yang akan kita anjurkan tahun depan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.-BH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA