TPM SIngapura Kunjungi Ahmad Zahid



PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Singapura, Teo Chee Hean, yang dalam rangka lawatan kerja dua hari ke Malaysia, melakukan kunjungan hormat ke atas rakan sejawatannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, hari ini.

Berdasarkan kenyataan Pejabat Timbalan Perdana Menteri, kedua-dua pemimpin membincangkan pelbagai isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang penting membabitkan Malaysia serta Singapura dalam pertemuan lebih setengah jam.

Antara isu utama dibincangkan ialah aspek keselamatan terutama masalah radikalisasi dan ancaman keganasan antarabangsa dihadapi kedua-dua negara. Chee Hean yang juga yang juga menteri penyelaras bagi keselamatan negara, berada di Putrajaya bagi menghadiri majlis perasmian Persidangan Antarabangsa Mengenai Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) esok.

Beliau diiringi tiga Menteri Kanan republik itu iaitu Menteri Pembangunan Negara dan Kementerian Pertahanan, Dr Mohamad Maliki Osman; Menteri Masyarakat, Kebudayaan dan Belia serta Kewangan, Sim Ann serta Menteri Komunikasi dan Maklumat serta Pendidikan, Janil Puthucheary.-BH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA