Tony Pua Umum Kerjasama DAP, Parti Mahathir


KUALA LUMPUR – DAP mengumumkan kerjasama dengan parti Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi).

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua mendakwa kononnya DAP bekerjasama dengan Pribumi bagi menegakkan keadilan di Malaysia.

“DAP bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mengutamakan perjuangan membina sebuah kerajaan yang cekap, akauntabel dan telus termasuk parti yang baru Bersatu (Pribumi),” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Permohonan penubuhan parti Pribumi di buat di ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) oleh Presiden sementara, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 9 Ogos lalu.

Parti itu pada asasnya ditubuhkan oleh Mahathir tetapi dipimpin oleh Muhyiddin dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz.

Pribumi diwujudkan oleh Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz selepas usaha mereka menjatuhkan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak diluar batas-batas demokratik gagal.

Mahathir mengumumkan keluar keahilan UMNO manakala Muhyiddin digantung keahlian kerana berkempen untuk parti pembangkang sewaktu masih memegang jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Muhyiddin bagaimanapun mendakwa kononnya beliau digantung keahlian UMNO kerana menentang Najib bagi meraih simpati orang ramai. – mynewshub.cc

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA