Tindakan Tegas Terhadap Pihak Yang Mencemar Alam Sekitar

KUCHING : Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan mengambil tindakan undang-undang jika terdapat bukti pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan kesalahan mencemar alam sekitar.

Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar Dato' Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, berikutan apa yang berlaku di Pulau Langkawi di mana pihak pelupusan sampah telah mengalirkan air sisa sampah ke sungai dan menyebabkan sungai dan laut tersebut tercemar.

"Air sisa sampah dari pusat pelupusan sampah Langkawi telah mengalir ke sungai dan menyebabkan air sungai berwarna hitam.

"Pihak Jabatan Alam Sekitar Langkawi telah menerima laporan berkenaan kes tersebut pada 16 ogos yang lalu dan kementerian telah mengarah tindakan segera serta pihak kontraktor berkenaan telah diberi notis," kata beliau selepas mempengerusikan Taklimat Cadangan Pembinaan Bina Baru di Parlimen Santubong di Pusat Khidmat Parlimen Santubong, Jalan Kulas di sini pagi tadi.

Beliau turut menyatakan Langkawi dikenali oleh dunia sebagai Biopark National dan semua pihak perlu bertanggungjawab terhadap penjagaan alam sekitar.

"Pihak pelupusan sampah perlu memastikan air sisa sampah tidak mengalir ke sungai atau laut untuk menyelesaikan masalah serta payah untuk mengatasi jika pencemaran berlaku.

"Di samping itu, ia akan memburukkan nama baik atau imej Malaysia di mata dunia yang selama ini masyhur sebagai pusat pelancongan," ujarnya.-Sarawakiana
"

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA